USAHAWAN TERNAKAN IKAN AIR TAWAR

Nama : ABD JALIL BIN REPAL
Umur : 66 tahun
Ahli : 2024

 

Latar belakang

Encik Jalil merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan bersama isteri dan anak-anak beliau. Pada mulanya  beliau hanya  memiliki 2 buah kolam perternakan ikan yang kecil. Di sini NADI berperanan dari segi mempromosikan kedai beliau didalam media sosial NADI.NADI juga berperanan membantu beliau dalam membuat kertas kerja untuk mendapatkan bantuan modal dari RISDA. Melalui usaha dan komitmen yang kukuh, akhirnya pembaiyaan daripada RISDA telah berjaya diperolehi.Justeru itu beliau telah dapat menambah jumlah kolam sebanyak 3 buah kolam perternakan ikan. Baru-baru ini beliau telah datang berkunjung ke NADI bagi memberitahu perkembangan ternakan ikan yang telah pun berjaya menghasilkan pendapatan lebih kurang RM10000 untuk sebuah kolam. Kejayaan beliau merupakan contoh yang boleh menginspirasi masyarakat di luar sana tentang bagaimana sokongan dan bimbingan yang tepat boleh membawa impak yang besar dalam pertumbuhan perniagaan kecil hingga menjadi perniagaan yang berjaya disamping dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya bertanya berkaitan fungsi NADI kepada usahawan.Setelah meminta petugas menolong membuat kertas kerja untuk pembaiyaan RISDA beliau membuat Keputusan untuk mengikut rapat media sosial NADI dan meminta petugas memberikan maklumat terkini berkaitan bantuan -bantuan yang Kerajaan sediakan bagi usahawan luar bandar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas mula menghubungi Encik Jalil dan isteri untuk mengikuti kelas usahawan yang diadakan di NADI.Hasil perbincangan dan menghadiri kelas beliau berhasrat supaya pihak NADI dapat membantu dalam mempromosikan kedai beliau di semua media sosial NADI Taman Salam Nadiah.Belaiu juga berjaya mendapatkan pembiayaan daripada RISDA.

Picture1

USAHAWAN MUDA MAKANAN

Nama : TAUFIK BIN SADRI
Umur : 34 tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

Encik Taufik merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan bersama isteri dan adik beradik beliau. Pada mulanya keluarga beliau hanya   memiliki sebuah kedai kecil. Di sini NADI berperanan dari segi mempromosikan kedai beliau didalam media sosial NADI. Melalui usaha dan komitmen yang kukuh, beliau telah dapat membesarkan perniagaannya dan membuka kedai yang lebih besar yang khusus menjual bahan mentah hasil laut segar, ayam, daging,kambing dan sebagainya. Kejayaan beliau merupakan contoh yang boleh menginspirasi Masyarakat di luar sana tentang bagaimana sokongan dan bimbingan yang tepat boleh membawa impak yang besar dalam pertumbuhan perniagaan kecil hingga menjadi perniagaan yang berjaya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menghadiri Hari Bersama Komuniti NADI Taman Salam Nadiah Pada 3/12/2023 yang lalu, Dan pada 6/12/2023 beliau telah memutuskan menjadi ahli NADI.Pada waktu itu beliau memberitahu petugas berkaitan perniagaan beliau miliki setelah menghadiri taklimat yang di sampaikan oleh Rakan Digital.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas mula menghubungi Encik Taufik dan isteri untuk mengikuti kelas usahawan yang diadakan di NADI.Hasil perbincangan dan menghadiri kelas beliau berhasrat supaya pihak NADI dapat membantu dalam mempromosikan kedai beliau di semua media sosial NADI Taman Salam Nadiah.

Picturea

Nama : MUHAMAD DNIY BIN AZIZAN
Umur : 16 tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Dniy merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Syed Idrus dan merupakan orang Taman Salam Nadiah,oleh kerana kedudukan PEDi yang berhampiran dengan rumahnya maka Dniy telah mendaftar sebagai ahli PEDi sejak penubuhan PEDi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dniy gemar menggunakan internet untuk mengisi masa lapang. Dniy sering ke PEDi untuk mencari maklumat berkaitan pembelajaran dan juga membaca komik secara online. Dniy telah mendapatkan bantuan daripada petugas untuk mendaftar majalah atas talian kesukaanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

PEDi telah mengadakan beberapa kelas untuk Dniy antaranya keselamatan dalam talian dan penggunaan internet yang selamat. Hasil daripada tunjuk ajar petugas Dniy kini mengetahui cara-cara melanggan majalah dan surat khabar online untuk dirinya dan keluarga. Dniy turut mempercayai transaksi dalam talian.

Nama : PUTERI NURINSYIRAH IZZATI       BINTI ZAIDI
Umur : 17 tahun
Ahli : 2023

Latar belakang

Puteri Nurinsyirah merupakan seorang pelajar tahfiz di Puncak Alam.Anak ketiga daripada empat adik beradik. Beliau tinggal di asrama Puncak Alam.Puteri Nurinsyirah pada mulanya hadir atas jemputan sebagai tenaga pengajar Al-Quran bagi anak anak Taman Salam Nadiah pada waktu cuti sekolah yang lepas.  Petugas mendedahkan kepada beliau pengajaran dalam talian menggunakan media baru di PEDi. Pada hari pertama beliau telah telah mendaftar sebagai ahli PEDI dan seterusnya mengikuti kelas suntingan video menggunakan aplikasi canva,mengikuti Latihan ICT dan Advokasi di PEDi Taman Salam Nadiah bermula 20 Disember 2023 sehingga 24 Disember 2023.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya memenuhi jemputan petugas untuk mengajar Al-Quran pada musim cuti sekolah.Beliau hanya tahu asas komputer saja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mula mengikuti kelas asas ICT di PEDi seperti pengenalan computer, penggunaan Microsoft word,suntingan video dan advokasi.Kini beliau tahu menggunakan computer serta aplikasi Microsoft office iaitu word,excel dan powerpoint.Disamping mengaplikasikan pembelajaran permainan dalam talian melalui kelas pengajian Al-Quran yang beliau anjurkan.

Nama : VAIRIE BENJAMIN
Umur : 21 tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Vairie merupakan pelajar jurusan  Logistik di kolej SAC Tampin, oleh kerana kedudukan PEDi yang berhampiran dengan asramanya, maka Vairie kerap menggunakan perkhidmatan PEDi. Sebelum ini Vairie tidak mahir menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Vairie sering bertanya kepada petugas dan telah membuat keputusan untuk menjadi ahli PEDi, kerana tertarik pada kelebihan menjadi ahli. Oleh kerana tiada kemahiran menggunakan komputer, Vairie sering kali terlibat dengan aktiviti yang dijalankan dan telah mengikuti kelas yang diadakan di PEDi Taman Salam Nadiah. Antara kelas yang pernah dihadiri adalah Microsoft Office yang merangkumi Microsoft Words dan juga Microsoft Power Point.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari beberapa perisian Microsoft Office di PEDi Taman Salam Nadiah maka Vairie semakin mahir menggunakan komputer dan dapat membuat tugasan dengan cepat dan pantas.