Nama : MUHAMAD DNIY BIN AZIZAN
Umur : 16 tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Dniy merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Syed Idrus dan merupakan orang Taman Salam Nadiah,oleh kerana kedudukan PEDi yang berhampiran dengan rumahnya maka Dniy telah mendaftar sebagai ahli PEDi sejak penubuhan PEDi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dniy gemar menggunakan internet untuk mengisi masa lapang. Dniy sering ke PEDi untuk mencari maklumat berkaitan pembelajaran dan juga membaca komik secara online. Dniy telah mendapatkan bantuan daripada petugas untuk mendaftar majalah atas talian kesukaanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

PEDi telah mengadakan beberapa kelas untuk Dniy antaranya keselamatan dalam talian dan penggunaan internet yang selamat. Hasil daripada tunjuk ajar petugas Dniy kini mengetahui cara-cara melanggan majalah dan surat khabar online untuk dirinya dan keluarga. Dniy turut mempercayai transaksi dalam talian.