BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN E-PEMBELAJARAN
Nama | : HAFIY IRFAN BIN MOHD HANAFI |
Umur | : 12 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Hafiy merupakan pelajar tahun enam di Sekolah Kebangsaan Tengku Zainon.Hafiy sebelum ini tidak mahir menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru di sekolahnya. Dirumah juga Hafiy tiada kemudahan internet dan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Hafiy telah membuat keputusan untuk menjadi ahli PEDi kerana tertarik pada kelebihan menjadi ahli. Oleh kerana Hafiy tiada kemahiran mengunakan komputer Hafiy telah mengikuti kelas asas yang telah diadakan di PEDi Taman Salam Nadiah. Antara kelas yang pernah dihadiri adalah Microsoft Office seperti Powerpoint, Microsoft Office Words dan juga beberapa kelas e-pembelajaran secara atas talian bertujuan untuk melatih Hafiy mahir mengunakan tetikus dan papan kekunci komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mempelajari beberapa perisian Microsoft Office di PEDi Taman Salam Nadiah maka Hafiy semakin mahir menggunakan komputer dan internet di PEDi. Hafiy Irfan turut menyiapkan segala tugasan persekolahannya dengan mudah setelah mengenali PEDi.