USAHAWAN TERNAKAN IKAN AIR TAWAR
Nama | : ABD JALIL BIN REPAL |
Umur | : 66 tahun |
Ahli | : 2024 |
Latar belakang
Encik Jalil merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan bersama isteri dan anak-anak beliau. Pada mulanya beliau hanya memiliki 2 buah kolam perternakan ikan yang kecil. Di sini NADI berperanan dari segi mempromosikan kedai beliau didalam media sosial NADI.NADI juga berperanan membantu beliau dalam membuat kertas kerja untuk mendapatkan bantuan modal dari RISDA. Melalui usaha dan komitmen yang kukuh, akhirnya pembaiyaan daripada RISDA telah berjaya diperolehi.Justeru itu beliau telah dapat menambah jumlah kolam sebanyak 3 buah kolam perternakan ikan. Baru-baru ini beliau telah datang berkunjung ke NADI bagi memberitahu perkembangan ternakan ikan yang telah pun berjaya menghasilkan pendapatan lebih kurang RM10000 untuk sebuah kolam. Kejayaan beliau merupakan contoh yang boleh menginspirasi masyarakat di luar sana tentang bagaimana sokongan dan bimbingan yang tepat boleh membawa impak yang besar dalam pertumbuhan perniagaan kecil hingga menjadi perniagaan yang berjaya disamping dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau hanya bertanya berkaitan fungsi NADI kepada usahawan.Setelah meminta petugas menolong membuat kertas kerja untuk pembaiyaan RISDA beliau membuat Keputusan untuk mengikut rapat media sosial NADI dan meminta petugas memberikan maklumat terkini berkaitan bantuan -bantuan yang Kerajaan sediakan bagi usahawan luar bandar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Petugas mula menghubungi Encik Jalil dan isteri untuk mengikuti kelas usahawan yang diadakan di NADI.Hasil perbincangan dan menghadiri kelas beliau berhasrat supaya pihak NADI dapat membantu dalam mempromosikan kedai beliau di semua media sosial NADI Taman Salam Nadiah.Belaiu juga berjaya mendapatkan pembiayaan daripada RISDA.