Stesen keretapi tampin/pulau sebang bersebelahan dengan bandar tampin, negeri sembilan.Jarak Pekan Pulau Sebang ke  pekan tampin  sejauh 1 kilometer.Manakala ke Bandaraya Seremban sejauh 40 kilometer atau 1 jam dengan kereta melalui Lebuh Raya Plus. Stesen ini terletak di antara stesen seremban dan gemas. Projek landasan berkembar elektrik dari Seremban ke Gemas melalui 32 kilometer dalam Negeri Melaka yang melibatkan daerah Alor Gajah dan Jasin. Stesen KTMB Pulau Sebang/Tampin sekarang akan dipindahkan di lokasi baru beberapa meter ke arah utara dan dilengkapi bangunan dua tingkat dengan tempat letak kereta yang luas dan moden. Ada cadangan dari kerajaan Negeri Melaka untuk menempatkan stesen bas dan teksi Pulau Sebang berhampiran dengan stesen KTMB.Walau bagaimanapun pembinaan stesen bas dan teksi belum lagi dimuktamadkan kerajaan negeri Melaka. Kerajaan Negeri Melaka mahukan stesen KTM yang baru ini tidak lagi dibayangi dengan nama Tampin, sebaliknya pengguna mengetahui stesen KTMB yang baru ini dalam daerah Alor Gajah, Melaka dan bukan Tampin Negeri Sembilan.

Pulau Sebang-Tampin Railway Station

Pusat Pertanian Kendong terletak di Taman Gadong, Jln Seremban - Tampin, Kampung Perah, Kota Negeri Sembilan. Pusat ini memberi khidmat pengembangan dan pembangunan pertanian melalui pemindahan teknologi berteraskan Amalan Pertanian Baik di sepanjang rantaian nilai bagi meningkatkan pengeluaran dan pendapatan serta memastikan pengeluaran bahan makanan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.

thumbnail

Taman Permainan Taman Salam Nadiah berkeluasan lebih 52m x 113m persegi ini siap di bina sekitar tahun 2018. Kegunaan Taman Permainan ini untuk kanak-kanak serta warga disekitar taman ini. Contoh kegiatan tempat ini adalah sebagai tempat beriadah dan bersukan.

WhatsApp Image 2024-04-21 at 2.13.26 PM

Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Negeri Sembilan

Opposite Taman Gadong,

Jalan Seremban - Tampin,

71350 Kota, Negeri Sembilan

428700332 366328906293138 157473939301235009 n

Perpustakaan Desa Kampung Astana Raja terletak di Daerah Kota Rembau. Perpustakaan ini menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam. Jika dahulu perpustakaan digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah, tetapi disebabkan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini dijadikan gudang yang menghimpunkan juga pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan. Malah, kebanyakan perpustakaan hari ini juga menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum.

 

299370735 500032138789906 5855230350443335806 n