Ayu Manis Homemade diusahakan oleh Norhidayu Binti Nuddin seorang suri rumah tangga di Sri Kendong Kota Rembau. Perniagaan yang diusahakan oleh beliau adalah kuih-muih tradisional,kuih frozen dan kuih moden terkini. Kuih-muih yang diusahakan oleh beliau seperti kuih lapis, kuih kaswi, karipap, lepat kelapa, biskut raya dan pelbagai makanan sampingan yang lain.
Rahumathulla & Sons
Rahumathulla & Sons adalah pembekal dan peruncit daging segar serta beku. Syarikat ini mula berniaga di Masai Johor dan di sekitar Negeri Sembilan Seremban dan sehingga lah di kawasan Kota Rembau iaitu di Taman Salam Nadiah. Syarikat ini juga menjual makanan mentah seperti daging lembu, ayam dan ikan.
MH Teratak Bonda Resources
MH Teratak Bonda Resources adalah sebuah syarikat agrikultur yang mengusahakan kunyit hitam dan produk bam yang di perbuat daripada kunyit hitam, selain itu produk tanaman yang di usahakan adalah rumput napier untuk makanan ternakan haiwan. Syarikat ini juga menternak kambing dan memaskan daging kambing untuk jualan berserta ikan segar dan produkpertanian yang lain.