Kemudahan awam yang terdapat di Kampung Parit Mahang boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, padang bola, jalanraya berturap, Medan Selera Sri Kendong, surau dan masjid Kendong dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Salam Nadiah turut terdapat di Kawasan Kendong.
Masjid Kariah Seri Kendong
merupakan sebuah Masjid yang terletak dalam Daerah Rembau,Negeri Sembilan. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat. Selain itu, kedudukan Latitud 2 darjah, 29 minit, 36.5 saat Utara dan Longitud 102 darjah, 11 minit, 9.4 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 45minit, 55.6 saat. Kini Masjid Kariah Seri Kendong didalam proses membaikpulih dan pusat ibadat dipindahkan ke surau kg Kendong.
Masjid Seri Kendong, Rembau Negeri SEmbilan
Medan Selera Sri Kendong, Rembau Negeri Sembilan
PEDi Taman Salam Nadiah, Rembau Negeri Sembilan