Seorang peniaga di Kampung Cherana Putih, Simpang Ampat di sini, mencipta keunikan apabila menghasilkan roti canai bersaiz gergasi sebesar dulang yang menjadi pilihan pelanggan.

Razali Abdul Rahman, 53, yang memiliki kemahiran menghasil roti canai yang lembut dan garing mula menguli tepung, menebar dan menghasilkan roti canai sejak berusia 16 tahun.

Katanya, dia mula menjual roti canai dulang sejak 10 tahun lalu.

“Sejak kecil saya bekerja di kedai kopi dan menyimpan cita-cita membuka perniagaan sendiri sehingga dimurahkan rezeki dapat berbuat demikian pada 2009.

Roti Canai Dulang

Kendong Village Resort Sukabumi terletak di Kampung Seri Kendong, 7 minit dari Tampin, N. Sembilan, atau dari tol Simpang Ampat/Tampin/Alor Gajah/A Famosa Resort. Dalam suasana kampong dan hutan ekosistem kelulut Gred A dengan sungai jeram yang baik. Dibelakangi Banjaran Titiwangsa.
 
Tempat ini sesuai sebagai untuk beriadah dengan suasana kampung dan tepian sungai jeram kecil di belakangi oleh hutan serta pergunungan yang tersergam indah. Kemudahan yang disediakan adalah seperti padang, restoran, kolam mandi awam & berbayar untuk mandi manda. Selain itu, disini disediakan juga bilik untuk kelas & seminar, dewan teater,  serta parkir.
 
258783109 378630240720806 5805184193978564957 n

Terdapat beberapa kawasan perlancongan dan tempat bersejarah di sekitar Taman Salam Nadiah yang boleh dilawati dan diterokai, antaranya:

Replika Istana Raja Melewar

Replika Istana Raja Melewar telah dibuka kepada orang ramai semenjak September 2004. Replika yang bernilai 2.7 juta ini merupakan daya usaha Pejabat Daerah Rembau dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan dengan bantuan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Tujuan pembinaan Replika ini adalah sebagai objek pelancongan bersejarah agar dapat mengingatkan kembali rekabentuk asal Istana Raja Melewar yang pernah diduduki di tapak asal ini. Pejabat Daerah Rembau telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan agar pengisian muzium diamanahkan kepada Lembaga Muzium Negeri dengan konsep dan objektif yang sesuai dengan latar belakang bangunan dan sejarah Rembau.

 


 

Hutan Rekreasi Gunung Datuk

Gunung Datuk adalah puncak tertinggi di daerah ini dengan ketinggian melebihi 2,900 kaki dan di gunung ini juga letaknya tapak asal pokok Merbau yang mana nama daerah ini diperolehi. Pendaki gunung yang sampai di kemuncaknya boleh melihat pemandangan yang luas di bahagian barat dari gunung - gunung Sungai Ujong menyeberangi pinggir laut hingga ke Selat Melaka. Gunung ini juga kaya dengan lagenda, antaranya tapak kaki di puncaknya yang menyumbang kepada legenda pahlawan Melayu, Hang Tuah, yang dikatakan berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Tuan. 


 

Tasik Rembau

Pihak Majlis Daerah Rembau  menyediakan tempat bersukan dan reakreasi untuk kegunaan orang awam iaitu Taman Rekreasi Majlis Daerah Rembau  Apa yang menarik ialah dengan adanya sebuah jambatan gantung yang boleh digunakan untuk menyeberangi tasik. Selain daripada itu, terdapat taman permainan untuk kanak-kanak dan juga pondok rehat untuk pengunjung


(Sumber : Majlis Daerah Rembau, laman web Majlis Daerah Rembau)


Trans Naning Trail Head

85752331.700x525

Tempat tujuan bagi para pendaki kerana trek laluan akan melalui 7 gunung yang berbeza iaitu : 

1. Gunung Tampin Selatan 
2. Gunung Tampin Utara 
3. Puncak 705m 
----Camp Ultra (water source) ----
4. Puncak 701m 
5. Gunung Gagak 807m 
6. Gunung Rembau 884m 
7. Gunung Datuk 855m 

 (Sumber : Wikiloc)