Seorang peniaga di Kampung Cherana Putih, Simpang Ampat di sini, mencipta keunikan apabila menghasilkan roti canai bersaiz gergasi sebesar dulang yang menjadi pilihan pelanggan.
Razali Abdul Rahman, 53, yang memiliki kemahiran menghasil roti canai yang lembut dan garing mula menguli tepung, menebar dan menghasilkan roti canai sejak berusia 16 tahun.
Katanya, dia mula menjual roti canai dulang sejak 10 tahun lalu.
“Sejak kecil saya bekerja di kedai kopi dan menyimpan cita-cita membuka perniagaan sendiri sehingga dimurahkan rezeki dapat berbuat demikian pada 2009.