Kendong Village Resort Sukabumi terletak di Kampung Seri Kendong, 7 minit dari Tampin, N. Sembilan, atau dari tol Simpang Ampat/Tampin/Alor Gajah/A Famosa Resort. Dalam suasana kampong dan hutan ekosistem kelulut Gred A dengan sungai jeram yang baik. Dibelakangi Banjaran Titiwangsa.
 
Tempat ini sesuai sebagai untuk beriadah dengan suasana kampung dan tepian sungai jeram kecil di belakangi oleh hutan serta pergunungan yang tersergam indah. Kemudahan yang disediakan adalah seperti padang, restoran, kolam mandi awam & berbayar untuk mandi manda. Selain itu, disini disediakan juga bilik untuk kelas & seminar, dewan teater,  serta parkir.
 
258783109 378630240720806 5805184193978564957 n