Tujuan :

Mengajar usahawan bagaimana untuk membuat kertas kerja untuk perternakan Ayam Kampung Asli.

 
 
 
Aktiviti :
 
Menyediakan kertas kerja dan rancangan perniagaan bagi usahawan penternakan ayam kampung. Kertas Kerja sebagai pelan atau “peta” yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.
 

Tujuan :

Bagaimana berniaga  secara dalam talian.

 
 
 
Aktiviti :
 
Memberi penerangan kepada usahawan bagaimana mengembangkan perniagaan secara online disamping mempelbagaikan jualan atau perkhidmatan.  Usahawan dapat mengembangkan lagi perniagaan dari perkhidmatan kepada perniagaan makanan.
 

Tujuan :

Bertujuan memberi pengetahuan berkaiatn Binatang yang halal dan haram.

 
 
 
Aktiviti :
 
Memberikan pemahaman tentang prinsip makanan halal dan haram dalam agama, memperkuat identiti keagamaan pelajar. Memperkenalkan kepada pelajar tentang makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan, membantu mereka membuat pilihan makanan yang lebih baik.
 

Tujuan :

Bertujuan memasaran produk dalam talian.

 

 
 
 
Aktiviti :
 
Penerangan dengan lebih terperinci berkenaan pemasaran yang boleh usahawan lakukan secara percuma. Membantu usahawan dalam memperkembangkan pengetahuan dalam pemasaran perniagaan. Memberi penjelasan berkaitan khidmat yang NADI boleh bantu usahawan.
 

Tujuan :

Bertujuan memberi ilmu pengetahuan berkaitan papan kekunci bagi meningkatkan tahap Kemahiran pelajar.

 
 
 
Aktiviti :
 
Kemahiran papan kekunci bukan hanya untuk menaip surat tetapi pelbagai perkara boleh dilakukan seperti mengisi data, mencari maklumat, mengirim e-mel, serta menghantar pesanan segera.