Tujuan :

Bagaimana membuat iklan yang memenuhi kehendak perniagaan atau membantu dalam urusan seharian.

 
 
Aktiviti :
 
Memberi penerangan kepada usahawan bagaimana membuat iklan perniagaan mengikut kehendak perniagaan ataupun untuk memudahkan segala urusan harian. Usahawan dapat membuat iklan dengan lebih efektif,cepat dan menjimatkan masa.
 
 

Tujuan :

Memperkenalkan Sejati madani dan siapa yang boleh mendapat manfaat bantuan tersebut.

 
 
Aktiviti :
 
Penerangan dengan lebih terperinci berkenaan Sejati madani. Membantu usahawan dan orang awam untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan bantuan Sejati madani.
 
 

Tujuan :

Memberi pengetahuan bagaimana menyimpan dokumen dan menghantar dokumen melalui aplikasi what apps.

 
 
 
Aktiviti :
 
Penyimpanan dokumen yang berkaitan dalam folder yang ditetapkan dan kongsikan ke aplikasi what apps. Memberi pengetahuan bagaimana untuk menyimpan dokumen setelah diisi dan seterusnya membuka aplikasi what apps web untuk dikongsi dokumen tersebut bersama orang lain.
 

Tujuan :

Bertujuan untuk memberi pengetahuan berkaitan teknologi AI boleh menbantu dalam pembelajaran.

 
 
Aktiviti :
 
Pengenalan kepada AI yang boleh membantu dalam pembelajaran. Sistem AI dapat disesuaikan dengan keperluan dan kebolehan setiap pelajar secara individu. Ini membolehkan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan. Pantun AI dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan menarik bagi pelajar, menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan menarik minat pelajar.
 

Tujuan :

Kelas Stem ini menerangkan ciri-ciri fizikal belon dan faktor yang mempengaruhi.

 
 
 
Aktiviti :
 
Peserta diberi penerangan ciri-ciri fizikal belon dan faktor yang mempengaruhi. Mengamati bagaimana lubang yang dihasilkan oleh lidi mempengaruhi bentuk dan saiz belon serta bagaimana lubang tersebut berkembang seiring masa. Mengukur berapa lama belon dapat bertahan setelah dicucuk dengan lidi dan mengamati bagaimana struktur belon berubah sepanjang masa.