Tujuan :

Bertujuan untuk memberikan pelajar kemahiran praktikal dalam pembuatan dan reka bentuk sambil mengintegrasikan konsep-konsep STEM.

 
 
Aktiviti :
 
Melalui kelas ini, pelajar bukan sahaja mempelajari kemahiran teknikal dan kreatif, tetapi juga membangunkan keyakinan diri dan kesedaran tentang betapa pentingnya STEM dalam kehidupan harian. Pelajar akan belajar cara membuat rak office sendiri, dari perancangan hingga penyelesaian projek, mendorong mereka untuk menjadi lebih berdikari dan berkeyakinan dalam menyelesaikan tugas praktikal.
 
 

 

 

Tujuan :

Kelas STEM IoT Tanam Pokok bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar mengenai teknologi Internet of Things (IoT) dan bagaimana ia boleh digunakan dalam pertanian moden.

 
 
Aktiviti :
 
Peserta diberi cocopeat block,air dan baldi.Peserta menuangkan air pada cocopeat blok  dengan diawasi oleh petugas,apabila cocopeat mengembang dan digaulkan sehingga sebati.Peserta mengagihkan kedalam pasu yang disediakan oleh petugas dan menanam pokok pokok yang telah disediakan.
 
 

Tujuan :

Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah terhadap sesuatu masalah.

 
 
Aktiviti :
 
Memberi penerangan bagaimana menyelesaikan masalah berkaitan tugas yang diberi. Peningkatan keberanian mencuba pelbagai cara untuk penyelesaian masalah. Peningkatan prestasi dan pemikiran kritis. Kesejahteraan emosi. Hubungan sosial yang berkualiti. Skill kepimpinan. dapat di bentuk.
 
 

Tujuan :

Memberi pendedahan dan pengajaran kepada pelajar bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan mestilah hasilnya memuaskan hati,kemas dan berfungsi dengan baik.

 
 
Aktiviti :
 
Petugas menitip beratkan kekemasan dan ketelitian pekerjaan yang dilakukan. Kebaikan meningkatkan kreativiti,pemikiran kritis dan juga idea yang baru.
 
 

Tujuan :

Untuk memberi Kemahiran mencipta kad ucapan untuk meraikan hari bapa. 

 
 
Aktiviti :
 
Pelajar boleh tingkatkan kreativiti dengan reka bentuk kad yang unik dan menarik. Pelajar belajar asas-asas reka bentuk grafik secara praktikal. Canva user-friendly, sesuai untuk pelajar yang baru belajar reka bentuk.