Tarikh  : 22 September 2024
Masa    : 9.00 pagi - 10.00 pagi 
Lokasi  : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Salam Nadiah
 
 
Tujuan 
 
Untuk mengesan sebarang kemungkinan penyakit, gangguan, atau jangkitan dalam seseorang, walaupun tanpa menunjukkan gejala, langkah-langkah seperti pemeriksaan kesihatan secara berkala boleh dilakukan. Ini membantu dalam pengesanan awal dan pengurusan kesihatan dengan lebih baik.
 
 
 
Aktiviti
 
Petugas memeriksa tekanan darah dan gula dalam darah peserta sebelum sarapan.
 
 
Tarikh  : 22 September 2024
Masa    : 10.00 pagi - 1:00 tengah hari
Lokasi  : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Salam Nadiah
 
 
 
Tujuan 
 

Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya berhati-hati terhadap sebarang panggilan atau SMS melalui telefon bimbit adalah langkah penting untuk mencegah jenayah siber dan penipuan. Dengan meningkatkan kesedaran, masyarakat dapat mengenali tanda-tanda scam dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa.

 

Aktiviti 

Penceramah daripada pegawai polis IPD Rembau memberikan ceramah kepada komuniti yang hadir dengan tajuk "Anti Scammer dan Jenayah Siber." Ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman jenayah siber dan cara-cara untuk melindungi diri daripada penipuan.

 

 

Gambar Di Sini

Tarikh  : 21 September 2024
Masa    :  9:00 pagi - 1: tengah hari
Lokasi  : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Salam Nadiah
 
 
Tujuan 
 
Memberi pengetahuan kepada usahawan tentang pendigitilan terkinu dan meningkatkan kemahiran kreativiti mereka dalam mencipta poster yang menarik untuk perniagaan adalah penting.
 
 
Aktiviti
 
Petugas memberikan penerangan terlebih dahulu mengenai ChatGPT dan Bing Image Creator kepada usahawan sebelum mereka menggunakan aplikasi tersebut. Usahawan kemudian diminta untuk menghasilkan poster yang akan dimuat naik ke dalam Facebook NADI Taman Salam Nadiah. Untuk menentukan pemenang, poster yang menerima 'LIKE' terbanyak akan diambil kira sebagai pemenang.
 
 
Tarikh  : 21 September 2024 
Masa    : 3:00 petang - 4:00 petang
Lokasi  : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Salam Nadiah
 
 
Tujuan 
 
Mengesan sebarang kemungkinan penyakit/gangguan/jangkitan dalam seseorang yang mungkin ada atau tidak ada menunjukkan gejala.
 
 
 
Aktiviti
 
Petugas memeriksa tekanan darah dan gula dalam darah peserta.
 
 
 
Tarikh  : 21 September 2024
Masa    : 2.00 petang - 3.00 petang
Lokasi  : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Salam Nadiah
 
Tujuan 
 
Tujuan utama pembangunan MyDigital ID adalah untuk memperkukuhkankeyakinan dalam landskap digital, manakala matlamat utamanya adalah meningkatkan keselamatan, kecekapan, dan keselesaan dalam proses pengenalan dan pengesahan pengguna untuk perkhidmatan dalam talian dan transaksi digital.
 
 
Aktiviti
 
Petugas membantu pengguna mendaftar MyDigital ID menggunakan peranti yang disediakan di NADI Taman Salam Nadiah