Tujuan :

Petugas mengadakan kelas mengenal komputer dan fungsinya.
 
 
Aktiviti :
 
Peserta mendengar sesi taklimat tentang pengenalan komputer kepada peserta. Peserta turut diberikan istilah-istilah komputer yang perlu diketahui apabila belajar mengenai komputer
  

Tujuan :

Kelas bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang tips persediaan temuduga.
 
 
Aktiviti :
 
Petugas turut mengajarkan tips penulisan resume yang baik. Peserta juga didedahkan dengan perkongsian medium yang sesuai untuk pencari kerja. Peserta diberikan tips pemakaian yang sesuai ketika temuduga, format resume yang bagus, dan kebolehan interpersonal yang majikan perlukan.
 
  
 

Tujuan :

Bertujuan untuk mengkaji tindak balas pensil yang dicucuk air ke dalam
plastik.
 
 
Aktiviti :
 
Membantu peserta untuk meningkatkan daya berfikir melalui STEM IOT. Peserta mengkaji mengapakah air yang berisi plastik beg ditusuk pensil
dan air tidak keluar.
 

Tujuan :

Petugas berikan keupayaan kepada peserta mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan.
 
 
Aktiviti :
 
Kelas menguasai kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar. Para peserta dapat perkataan atau ayat dengan betul, jelas dan tepat. Peserta berkebolehan mendengar bunyi bahasa yang diperdengarkan dan mengenalinya dari segi struktur linguistik.
  

Tujuan :

Mempelajari bagaimana kesan kismis terhadap air biasa dan air berkarbonat.
 
 
Aktiviti :
 
Membantu peserta untuk meningkatkan daya berfikir melalui STEM IOT. Peserta mengkaji keadaan kismis selepas dicampurkan dengan air
berkarbonat.