Tujuan :

Petugas memperkenalkan aplikasi web e-learning adalah laman web interaktif yang membolehkan pelajar memasukkan data mereka dan mendapatkan hasil yang diharapkan melalui interaksi.
 
 
Aktiviti :
 
Peserta membuka aplikasi web e-learning untuk pembelajaran atas talian yang disimpan di web. Menguji tahap pemikiran dan kepantasan peserta. Peserta turut diberikan e-pembelajaran atau pembelajaran dalam talian yang melibatkan penggunaan elemen permainan seperti matlamat, peraturan, cabaran, interaksi, maklumbalas, ruang dan cerita.
  

Tujuan :

Kelas bertujuan pengurusan masa berkesan merujuk kepada cara menguruskan masa dengan baik agar peserta dapat mencapai matlamat dengan berjaya.
 
 
Aktiviti :
 
Petugas memberikan pendedahan kepada peserta untuk mengurus dan menggunakan masa dengan baik. Petugas memberikan kaedah mengurus masa berkesan kepada peserta. Menguruskan masa berkesan melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat.
  

Tujuan :

Bertujuan untuk mengkaji bunyi keatas susunan gelas. 
 
 
Aktiviti :
 
Membantu peserta untuk meningkatkan daya berfikir melalui STEM IOT. Para peserta mengkaji bunyi yang dihasilkan melalui ketukkan ke gelas. Air yang diletakkan mengikut sukatan yang berbeza untuk menghasilkan bunyi yang berbeza.
  

Tujuan :

Petugas berikan pengetahuan tentang warna yang bersesuaian dengan kulit peserta. 
 
 
Aktiviti :
 
Kelas menguasai warna yang bersesuaian untuk pemakaian peserta. Petugas menunjukkan cara mudah nak serlahkan aura positif adalah melalui pilihan warna pakaian. Para peserta dapat menyesuaikan warna mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan diri si pemakai. Peserta mengetahui warna musim diri sendiri membolehkan peserta memilih warna yang terbaik untuk diri peserta.
 

Tujuan :

Bertujuan untuk para peserta menghasilkan hologram melalui pantulan cahaya dan plastik.
 
 
Aktiviti :
 
Membantu peserta untuk meningkatkan daya berfikir melalui STEM IOT. Peserta mengkaji mengapakah pantulan grafik timbul diantara plastik dan juga telefon.