Tujuan :

Mempelajari dan mendedahkan kepada peserta strategi bermula dan membina content di TikTok.
 
 
Aktiviti :
 
Petugas menyediakan kursus idea-idea mudah untuk membuat TikTok untuk mencari lebih ramai followers dan prospect perniagaan. Usahawan dapat mempelajari E-dagang dan strategi perniagaan juga pemasaran kandungan.
 

Tujuan :

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan kepada pelajar tentang penggunaan aplikasi Canva untuk mencipta logo perniagaan.
 
 
Aktiviti :
 
Peserta diterangkan cara kegunaan dan kelebihan penggunaan Canva. Petugas turut memperkenalkan penggunaan tools/panel dalam Canva. Peserta mempraktikkan apa yang diajarkan dengan mereka bentuk sebarang platform juga memasukkan elemen-elemen reka bentuk dan memanipulasikan elemen tersebut.
 

Tujuan :

Digunakan sebagai platform YouTube merupakan platform yang digunakan untuk berkongsi video di peringkat global.
 
 
Aktiviti :
 
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memudah guru untuk mengagihkan tugasan secara atas talian kepada pelajarnya. Peserta mempelajari cara upload video youtube melalui aplikasi telefon pintar. Peserta telah muat turun dan install aplikasi YouTube pada iPhone atau telefon Android.
  

Tujuan :

Kelas membuat profile perniagaan untuk usahawan sekitar, mod pengajaran latihan berbentuk teori dan praktikal secara online dan offline.
 
 
Aktiviti :
 
Usahawan mempelajari bimbingan dan khidmat nasihat secara berterusan daripada petugas. • Memberikan kursus-kursus berkaitan keusahawanan merangkumi aspek spiritual, pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan operasi, pemasaran serta teknologi maklumat dan komunikasi.
 

Tujuan :

Program ini dijalankan adalah untuk membantu para pelajar yang masih lagi tidak boleh membaca dengan lancar.
 
 
Aktiviti :
 
Peserta program ini mampu mengurangkan masalah buta huruf dan lambat membaca. Kemahiran membaca ini sangat diperlukan oleh peserta kerana membaca merupakan salah satu cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Peserta juga dapat mengenali membaca adalah salah satu kemahiran yang paling penting yang perlu ditanamkan kepada peserta sejak awal.