Surau Taman Salam Nadiah siap di bina pada tahun 2018. Surau ini boleh memmuatkan seramai 70 orang, 50 orang dibahagian ruang solat lelaki dan 20 di bahagian ruang solat wanita. Aktiviti yang sering dijalankan adalah seperti solat 5 waktu, bacaan yassin setiap malam khamis, bacaan doa selamat & tahlil.
Masjid Kariah Seri Kendong telah dibina semula di Kampung Sri Kendong, 71350 Kota, Negeri Sembilan dan siap dia bina pada 22.12.2023. Masjid ini terletak 1 kilometer dari Pusat Ekonomi Digital Taman Salam Nadiah dan 5 kilometer dari Pekan Kota dan Pekan Tampin.
Kemudahan awam yang terdapat di Kampung Parit Mahang boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, padang bola, jalanraya berturap, Medan Selera Sri Kendong, surau dan masjid Kendong dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Salam Nadiah turut terdapat di Kawasan Kendong.
Masjid Kariah Seri Kendong
merupakan sebuah Masjid yang terletak dalam Daerah Rembau,Negeri Sembilan. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat. Selain itu, kedudukan Latitud 2 darjah, 29 minit, 36.5 saat Utara dan Longitud 102 darjah, 11 minit, 9.4 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 45minit, 55.6 saat. Kini Masjid Kariah Seri Kendong didalam proses membaikpulih dan pusat ibadat dipindahkan ke surau kg Kendong.
Masjid Seri Kendong, Rembau Negeri SEmbilan
Medan Selera Sri Kendong, Rembau Negeri Sembilan
PEDi Taman Salam Nadiah, Rembau Negeri Sembilan
Halaman 2 dari 2