Tarikh

: 14 Jun 2023 (Rabu)

Masa

: 3.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Salam Nadiah

 

Tujuan :

Mengajarkan usahawan mengunakan transaksi kewangan secara dalam talian dimana lebih selamat berbanding menggunakan wang tunai.

 
 
Aktiviti :
 
Petugas memperkenalkan aplikasi e-dompet yang bertujuan untuk merevolusikan cara pengguna berurus niaga setiap hari.
 
 

Tarikh

: 13 Jun 2023 (Selasa)

Masa

: 2.00 petang – 4.00 petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Salam Nadiah

 

Tujuan :

Meningkatkan kesedaran peserta tentang pengetahuan dan kefahaman mengenai akauntabiliti kewangan dan kawalan dalaman untuk perniagaan.
 
 
Aktiviti :
 
Petugas memberikan pendedahan serta mewujudkan kesedaran kepada usahawan mengenai hubung kait antara elemen-elemen akauntabiliti dengan pengurusan kewangan yang berhemah.
 

Tarikh

: 11 Jun 2023 (Ahad)

Masa

: 3.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Salam Nadiah

 

Tujuan :

 

 Peserta diberikan penerangan dan panduan cara menggunakan laman Quizizz dalam pelajaran.
 
 
Aktiviti :
 
Peserta diberikan pendedahan cara – cara menjaga bumi dan juga kesan daripada aktiviti manusia yang menyebabkan pemanasan global. Peserta juga diberikan kesedaran tentang bahayanya el-nino.
 
 

Tarikh

: 12 Jun 2023 (Isnin)

Masa

: 2.00 petang – 4.00 petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Salam Nadiah

 

Tujuan :

Petugas mengajarkan pengenalan kepada Canva dan cara penggunaannya
 
 
Aktiviti :
 
Usahawan mempelajari secara asas penggunaan aplikasi reka grafik Canva untuk reka grafik seperti facebook cover, facebook profile dan Instagram serta Whatsapp.
 
 

Tarikh

: 10 Jun 2023 (Ahad)

Masa

: 3.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Salam Nadiah

 

Tujuan :

Peserta diberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara menggunakan laman Quizizz dalam pelajaran.
 
 
Aktiviti :
 
Peserta diberikan pendedahan tentang cara untuk mendaftar masuk kedalam laman Quizizz dengan menggunakan e-mail atau akaun Google.