Shipping and Aviation College - SAC
SAC merupakan sebuah kolej swasta yang terletak di Tampin, Negeri Sembilan yang menawarkan kursus-kursus yang diiktiraf oleh MQA.Sejarah penubuhan Shipping And Aviation College (SAC) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Sri Ayu (KSA) bermula pada tahun 1984 dan bertempat di Kampar Perak.Justeru itu, pada tahun 2014, SAC telah diurus tadbir oleh kumpulan pengurusan yang baru, diberi penjenamaan semula dan berpindah ke tempat yang lebih dinamik seterusnya menjadi satu-satunya IPTS yang bertapak di Tampin, Negeri Sembilan. Pelbagai program Diploma juga telah ditawarkan oleh SAC selain Diploma Pentadbiran Perniagaan seperti Diploma Pengurusan Logistik dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Sekolah Kebangsaan Kota, Negeri Sembilan
-
Sekolah Kebangsaan Kota
Sekolah Kebangsaan Kota atau nama ringkasnya SK Kota, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 10 Jln Tampin Seremban.Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kota memiliki 112 pelajar lelaki dan 117 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 229 orang. Ia mempunyai seramai 22 orang guru.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji Adnan
-
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji Adnan
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji Adnan atau nama ringkasnya SMK Dato' Undang Haji Adnan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 11, Jalan Tampin Seremban Kota. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji Adnan memiliki 282 pelajar lelaki dan 297 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 579 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.
As Sofa Islamic High School
-
As Sofa Islamic High School
Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau,Negeri Sembilan atau Di kenali sebagai Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS) [NLT 3001] merupakan sebuah pusat pengajian peringkat menengah yang didaftarkan secara rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Swasta) pada tahun 2009 di bawah kelolaan Kumpulan Pendidikan Muhammadiah(MUTIM) . Pusat pengajian ini memberikan penekanan kepada Pengajian Islam di dalam Bahasa Arab, pengajian Bahasa Arab yang efektif dan hafazan al-Quran bagi para pelajar tingkatan 1 hingga 5 disamping menekankan subjek-subjek akademik Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KSSM) untuk melangkah seiring dengan arus perdana.Bagi mencapai matlamat tersebut, sekolah ini mengaplikasikan kaedah pengajian tradisi para ulama’ antaranya melalui hafazan matan-matan ilmu dan ayat-ayat al-Quran. STIAS merupakan inisiatif Kumpulan Pendidikan Muhammadiah (MUTIM) untuk melebarkan usaha memperlengkapkan dan memantapkan golongan muda dengan tarbiah islamiah dan budaya ilmu.Para pelajar turut diberikan bimbingan dalam arena dakwah dan tarbiah supaya mampu menyampaikan mesej dakwah dengan berkesan di tengah-tengah masyarakat mengikut acuan aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah. Madrasah Tahfiz Al Gontory
-
Madrasah Tahfiz Al Gontory, Kampung Pulau Besar.
Madrasah Tahfiz Al Gontory, Rembau, Negeri Sembilan atau Tahfiz Arabic Al gontory ini diasaskan sendiri adalah seorang graduan tamatan Pondok Modern Gontor Darussalam di Ponorogo (Jawa Tengah).Tahfiz ini berkonsepkan penuh dengan cara dan metode pembelajaran yang di ambil dari Pondok Gontor sendiri begitu juga dengan tenaga pengajar yang telah dibekalkan di tahfiz ini.Selain itu, misi kami adalah ingin melihat anak-anak muda menguasai bahasa Al Quran iaitu bahasa Arab. Ini kerana bahasa Arab ini sudah semakin dilupai dan hanya sekadar untuk lulus peperiksaan sahaja.Keistimewaan ini kami bawa bersama ini kerana faktor tidak mendalami bahasa Al Quran itu sendiri menyebabkan proses hafalan Al Quran terjejas seejurus mempengaruhi anak-anak untuk tidak meneruskan atau hilang semangat.Oleh yang demikian, tahfiz kami sedia menerima anak-anak yang sedia dididik oleh kami dalam apa jua metode, dengan minat untuk mendalami alQuran InshaAllah, berusaha adalah tangga kejayaan dunia & akhirat.